Kertas adalah bahan nipis, rata yang dihasilkan oleh
penekanan gentian. Biasanya gentian yang digunakan merupakan gentian semulajadi
dan berasaskan selulosa. Bahan paling biasa digunakan adalah pulpa kayu
daripada pokok kayu pulpa (kebanyakannya kayu lembut) seperti spruce, tetapi
bahan gentian sayuran lain termasuk kapas, linen, dan hem boleh digunakan.
Timbunan 500 keping kertas dipanggil rim (ream).
Tepi helaian kertas mampu bertindak sebagai gergaji halus dan nipis hingga
menyebabkan luka.
Penyediaan gentian
Bahan yang digunakan bagi menghasilkan kertas
dihancurkan menjadi pulpa, campuran gentian pekat terampai dalam cecair. Oleh
kerana kebanyakan gentian ini dihasilkan dari sumber semulajadi, proses ini
membabitkan langkah pembasuhan dan pengasingan. Apabila gentian telah
dihasilkan, ia akan diluntur atau diwarnakan bagi menukar gambaran barangan
akhir.
Dibentuk menjadi kepingan
Campuran pulpa kemudiannya dicairkan dengan air
menjadikan ampaian cair. Ampaian cair ini ditapis melalui tapisan bergerak
nipis untuk membentuk jaringan bergentian. Tera air boleh ditekan kepada kertas
pada tahap ini. Jaringan bergerak ini ditekan dan dikeringkan menjadi golongan
kertas panjang.
Dalam proses menggunakan acuan, sejumlah pulpa
diletakkan dalam bentuk, dengan asas berjaring (atau sebarang peranti penapis
lain), dengan itu gentian tertinggal selapis atas jaring dan air berlebihan
akan dikeringkan. Pada masa ini, tekanan boleh digunakan bagi menghilangkan air
melalui tindakan tekanan. Kertas kemudian boleh dikeluarkan daripada acuan
semasa basah atau kering untuk diproses lebih lanjut.
Kebanyakan kertas dihasilkan dengan menggunakan
proses berterusan (Fourdrinier) untuk membentuk gelungan atau jaringan. Apabila
dikeringkan, jaringan berterusan ini boleh dipotong menjadi kepingan bersegi
dengan memotongnya pada saiz yang diingini. Saiz kertas piawaian ditetapkan
oleh badan penyelaras seperti Organisasi Piawaian Sejagat (International
Organization for Standardization) (ISO).
Pengeringan
Kertas mungkin akan dikeringkan beberapa kali
semasa pengilangan (kertas kering lebih kukuh berbanding kertas basah, dengan
itu ia lebih baik untuk mengekalkan kertas kering untuk menghalang ia putus dan
menghentikan baris pengeluaran). Kadangkala kertas masih putus di mana ia akan
ditukar menjadi pulpa dan diproses semula.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar